1. Bagaimana cara memohon jawatan di Unimel?

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan rasmi yang boleh diperoleh di Pejabat Pendaftar atau dimuat turun dari laman web universiti.

Borang yang lengkap mesti dihantar secara fizikal ke Pejabat Pendaftar sebelum tarikh tutup iklan jawatan.

Setiap permohonan perlu dilengkapkan dengan:

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Salinan sijil akademik dan transkrip

  • Salinan sijil profesional / kemahiran (jika berkaitan)

  • Resume / CV terkini

  • Surat pengalaman kerja (jika berkenaan)

Semua dokumen mesti disahkan dan jelas.

Ya. Calon boleh memohon lebih daripada satu jawatan tetapi setiap jawatan perlu borang permohonan berasingan.

Calon perlu mengisi semula borang baharu dan menyerahkannya ke Pejabat Pendaftar sebelum tarikh tutup permohonan.

Tidak. Hanya calon yang memenuhi kriteria kelayakan dan syarat jawatan akan disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga.

Ya. Dokumen asal perlu dibawa untuk pengesahan semasa temuduga.

Tidak. Semua permohonan jawatan di Unimel adalah percuma.

Calon boleh memohon semula untuk jawatan lain yang terbuka pada masa akan datang dengan memenuhi syarat kelayakan jawatan tersebut.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan boleh diajukan kepada:
Unit Perjawatan / Pejabat Pendaftar
Melalui e-mel rasmi atau talian telefon pejabat.

1. Berapakah jumlah tuntutan panel perubatan yang diperuntukkan kepada setiap staf?

Setiap staf diperuntukkan RM500 setahun untuk rawatan di klinik panel yang berdaftar dengan Unimel.

Ya. Ia boleh digunakan untuk:

  • Pasangan suami/isteri

  • Anak-anak berusia 18 tahun dan ke bawah

Syarat: Mereka mesti didafarkan sebagai tanggungan staf dan dicatatkan dalam buku rawatan.

Ya. Staf perlu membawa:

  1. Kad staf

  2. Buku Rawatan Panel Perubatan Unimel (WAJIB)

  3. Kad pengenalan tanggungan (jika rawatan pasangan/anak)

Tanpa buku rawatan, pihak klinik tidak akan merekodkan penggunaan peruntukan.

Buku ini digunakan untuk:

  • Merekod setiap transaksi rawatan

  • Mencatat baki peruntukan RM500

  • Pengesahan rawatan oleh klinik panel

Ia juga menjadi rujukan rasmi kepada Unit Sumber Manusia.

Tidak. Lebihan adalah tanggungan staf.

Tidak boleh. Baki peruntukan tidak dibawa ke hadapan.

Ya, termasuk:

  • Konsultasi doktor

  • Ubat-ubatan

  • Pemeriksaan asas

Tertakluk kepada baki RM500.

Tidak, kecuali jika klinik panel membuat rujukan bertulis dan tertakluk kepada garis panduan Unimel.

Semakan langsung dalam buku rawatan (dicatat oleh klinik)

Jika buku panel hilang, staf perlu:

  • Membuat bayaran ganti rugi di Pejabat Bendahari mengikut kadar yang ditetapkan.

  • Membawa resit bayaran ke Pejabat Pendaftar untuk mendapatkan buku panel gantian.

  • Rekod peruntukan akan diselaraskan semula berdasarkan data penggunaan terdahulu.
1. Apakah itu Sasaran Kerja Tahunan (SKT)?

SKT ialah perancangan kerja tahunan yang menetapkan objektif, hasil kerja, indikator prestasi dan sasaran yang perlu dicapai oleh setiap staf dalam tempoh tahun penilaian.

Di UNIMEL, SKT tidak lagi menggunakan borang manual. Semua staf perlu mengisi dan mengemas kini SKT melalui Sistem Penilaian Prestasi (SPP) UNIMEL.

SKT hendaklah dimasukkan ke dalam sistem e-HR pada awal tahun mengikut tarikh tutup yang ditetapkan oleh Pejabat Pendaftar.

LNPT ialah laporan penilaian rasmi yang mengukur prestasi staf berdasarkan pencapaian SKT, kompetensi kerja dan sumbangan keseluruhan sepanjang tahun.

Penilai Pertama (Ketua Jabatan) dan Penilai Kedua membuat penilaian melalui SPP UNIMEL, termasuk semakan SKT, maklum balas prestasi dan pengesahan markah.

Ya. SKT boleh dikemas kini dalam sistem jika berlaku perubahan tugas, dengan kelulusan Penilai Pertama.

Kegagalan memasukkan SKT dalam sistem boleh menjejaskan rekod penilaian prestasi dan memberi kesan langsung kepada LNPT.

Tidak. Hanya tugas utama, projek signifikan dan hasil kerja yang memberi impak kepada unit atau universiti perlu dimasukkan.

Markah LNPT boleh disemak terus melalui sistem e-HR UNIMEL selepas penilaian dimuktamadkan oleh ketua jabatan dan disahkan oleh pihak pengurusan.

Staf boleh membuat rayuan melalui prosedur rayuan prestasi yang ditetapkan oleh Pejabat Pendaftar.

Staf boleh menghubungi Unit ICT atau Unit Perjawatan untuk bantuan teknikal dan semakan akses sistem.

Ya. Sistem membenarkan staf mencetak salinan SKT untuk rujukan, semakan atau simpanan rekod peribadi.

Sebarang pertanyaan berkaitan SKT dan LNPT boleh diajukan kepada Unit Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar melalui e-mel rasmi atau talian pejabat.

1. Apakah tujuan utama proses temuduga di universiti?

Temuduga bertujuan menilai kesesuaian calon dari aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman, etika kerja dan personaliti bagi memastikan pemilihan staf yang berkualiti dan berintegriti.

Calon akan dimaklumkan melalui e-mel rasmi, panggilan telefon atau notis dalam Sistem Permohonan Jawatan Universiti. Surat panggilan temuduga akan disertakan.

Temuduga boleh dijalankan secara bersemuka atau dalam talian (online) bergantung kepada keperluan jawatan dan arahan universiti.

  • Calon perlu membawa:

    • Kad Pengenalan / Pasport

    • Salinan sijil akademik dan transkrip

    • Sijil kemahiran / profesional (jika berkenaan)

    • Resume terkini

    • Portfolio (bagi jawatan akademik / kreatif / teknikal)

    • Dokumen sokongan lain seperti sijil kursus, rekod penyertaan atau surat pengalaman kerja

  • Panel akan menilai calon berdasarkan:

    • Penguasaan bidang

    • Kemahiran komunikasi

    • Pengalaman kerja

    • Penyelesaian masalah

    • Keperibadian dan integriti

    • Keselarasan dengan budaya kerja universiti

Ya, bagi jawatan akademik atau jawatan profesional tertentu. Arahan pembentangan akan dinyatakan dalam surat panggilan temuduga.

Calon hendaklah berpakaian kemas dan sopan, selaras dengan imej profesional universiti.

Boleh. Calon boleh memohon semula untuk jawatan yang sama atau jawatan lain selagi memenuhi syarat kelayakan.

Boleh. Calon boleh memohon semula untuk jawatan yang sama atau jawatan lain selagi memenuhi syarat kelayakan.

Tidak disediakan kecuali dinyatakan dalam tawaran

1. Apakah jenis cuti yang disediakan untuk staf UNIMEL?

Jenis cuti termasuk:

  • Cuti tahunan / tahunan khas

  • Cuti sakit / kecemasan

  • Cuti bersalin / penjagaan anak

  • Cuti separuh gaji / cuti tanpa gaji

  • Cuti khas lain mengikut polisi universiti

Semua permohonan cuti hendaklah diisi dan dihantar melalui Sistem e-HR UNIMEL.
Borang manual tidak lagi digunakan. Permohonan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan / Penyelia melalui sistem.

  • Cuti tahunan: sekurang-kurangnya 7 hari bekerja sebelum tarikh mula cuti.

  • Cuti kecemasan / sakit: dimaklumkan secepat mungkin dengan sertakan sijil perubatan jika perlu.

  • Cuti tahunan: sebahagian baki boleh dibawa ke tahun berikutnya mengikut polisi.

  • Cuti lain: tidak dibawa ke hadapan, kecuali ditetapkan secara rasmi.

Ya. Semua cuti sakit sebagaimana ditetapkan perlu dilampirkan sijil perubatan rasmi semasa memohon melalui sistem.

Baki cuti boleh disemak terus dalam Sistem e-HR UNIMEL atau melalui Unit Sumber Manusia jika terdapat sebarang pertanyaan.

Segala pertanyaan berkaitan cuti boleh diajukan kepada Unit Sumber Manusia / Pejabat Pendaftar melalui e-mel rasmi atau talian pejabat.

1. Apakah fungsi utama Unit Keselamatan di Universiti Islam Melaka

Unit Keselamatan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan warga kampus, aset universiti, pengurusan trafik, kawalan keselamatan serta pemantauan rondaan 24 jam 

Ya, rondaan keselamatan dijalankan sepanjang masa oleh pegawai keselamatan bertugas di seluruh kawasan kampus

Warga universiti boleh menghubungi talian kecemasanUnit Keselamatan atau hadir terus ke balai pengawal utama.

Permohonan pelekat kenderaan boleh dibuat secara dalam talian. Dokumen seperti salinan lesen dan dokumen-dokumen sokongan mungkin diperlukan.

Ya. Semua pengunjun perlu mendaftar di pondok pengawal dan memakai pas pelawat sepanjang berada di kampus

1. Apakah peranan utama Unit Pengangkutan ?

Unit Pengangkutan bertanggungjawab mengurus operasi kenderaan universiti, termasuk penyediaan perkhidmatan kenderaan rasmi, penyelenggaraan, keselamatan perjalanan dan penjadualan bagi menyokong keperluan operasi universiti.

Semua staf universiti layak membuat permohonan bagi tujuan rasmi seperti tugas kerja, urusan akademik, lawatan, latihan atau perkhidmatan sokongan yang telah disahkan oleh PTj

Jawapan ??

Tidak. Semua kenderaan universiti hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa universiti.

Unit pengangkutan menyediakan kenderaan seperti kereta rasmi, van, bas, bas dan kenderaan sokongan operasi, tertakluk kepada ketersediaan.

Ya. Pemandu universiti disediakan bagi permohonan yang memerlukan pemandu rasmi. Permohonan perlu dibuat lebih awal bagi memastikan penjadualan yang teratur.

Pemandu atau pengguna hendaklah melaporkan kejadian segera kepada Unit Pengangkutan dan Unit Keselamatan, serta mengisi Borang Laporan Kemalangan Kenderaan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Pengguna bertanggungjawab memastikan kenderaan berada dalam keadaan bersih dan mematuhi prosedur keselamatan

Penyelenggaraan dilakukan secara berkala berdasarkan jadual servis, pemeriksaan keselamatan dan laporan kerosakan. Hanya bengkel berdaftar dan panel dilantik dibenarkan melakukan kerja penyelenggaraan.

Pengguna perlu menghubungi Unit Pengangkutan untuk arahan lanjut. Bantuan kecemasan atau kenderaan gantian akan disediakan bergantung kepada situasi.

Ya. Semua kenderaan universiti menggunakan Log Book Perjalanan atau sistem digital untuk merekodkan butiran pengguna, destinasi, jarak perjalanan dan masa penggunaan.

Boleh. Pembatalan perlu dimaklumkan kepada Unit Pengangkutan sekurang-kurangnya 1 hari bekerja sebelum tarikh penggunaan bagi mengelakkan konflik penjadualan.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, jadual pergerakan, rekod perjalanan atau dasar pengangkutan boleh diajukan kepada Pegawai Unit Pengangkutan melalui e-mail rasmi atau talian terus Pejabat Pendaftar.